Friday, September 26, 2008

MorningGlory2

Selamat pagi to everyone.
In less that 6 hours I will be leaving UMP and go back to KL!
Yay,dah hampir sebulan tak balik,kerinduan terhadap kebandaran amat melampau.

Semalam adik call and dia ckp,connection kat rumah down.So mungkin tiada update sehingga,Mint melepak di tempat yang ada Wifi atau Mint dah kembali ke UMP.

Jadi rerakan semua.

SELAMAT HARI RAYA dan Ingin ku pohon maaf jika ada salah dan silap.

Mint suka menyakitkan hati orang secara sedar dan tak sedar.heh.

Thursday, September 25, 2008

Jom Berpuitis

Mari ke website ini. Mission Confession:Ke Hadapan Bintang Jatuh

Rasa cam nak antar jugak jer.

Jac!!!Jom kita wat,record then send...mau??mau??

Wednesday, September 24, 2008

tik-TAG-toe

Hari ini dalam sejarah:
Mint kena tag for the first time.lame?
everything have to start with the first kan?

7 Fakta mengenai si Azmint Aida,
  1. Kalau korang kenal Mint beberapa bulan yang lalu,gigi dia jongang!Agak teruk lah jugak ke-jongang-an dia tu.Yup.Tapi sekarang tak lagi sebab setiap malam dia pakai retainer.Thank You technology
  2. Mint tak suka makan sayur yang warna hijau.Jadi setiap hari dia makan carrot jer.
  3. Buta IT???taklah,tapi Azmint Aida seorang yang "buta sukan".hampir semua sukan dia tak tau main and undang2 permainan?Lagi blur..even bola jaring yang hampir semua perempuan tau main pun dia sengal jugak.Hanya satu sukan jer dalam dunia ni yang dia kenal secara mendalam,bowling!
  4. Seorang yang terlebih positif.Permikiran dia sangat over-positif.Bila ada benda buruk mesti dia cakap,"Ada hikmah ni".Kekadang tu macam poyo jugaklah perangai dia yang ni.
  5. The ONLY lady in the family excluding her mama.
  6. Mint takde favourite song atau favourite band atau favourite singer.Semua pun boleh.Ada satu masa dia akan dengar lagu Bittersweet,pahtu jap lagi lagu Il Divo,and tetiba lagu SixthSense.Backstreet boys dengan N'sync tetap di hati.Lagu Britney Spears sentiasa ada dalam mp4.
  7. Special someone?Apa tu??Mint tak pernah ada special someone.Boyfriend memang lah ramai.Kawan lelaki kan boyfriend tu?.....kekasih?lover?Apa tu eh?...sebab tu kalau keluar berjalan Mint akan ditemani oleh kawan-kawan dan adik-adik@bodyguard sahaja.
Yay!berjaya melaksanakan tugas yang di beri oleh enche Rahimin.

Sekarang saya meng-pass kan tag kepada Faiz@Advencer,Tayunk@intangible dan Yana@ketulusanhati.

Saturday, September 20, 2008

Tuhan bayar cash.

Di satu petang,dalam lebih kurang pukul 650pm.

Jac:Mint,tolong belikan teh ais,wa nak beli ais lah.
Mint: Owkeh.No hal

Beberapa minit kemudian,lepas Jac dah beli ais dia pun pegi tunggu Mint kat meja.

Yana:Fara..kita dah biasa minum lepas beli air.Jangan terminum sudah lah
Jac: Hehhehehe...
(tak sure ar apa conversation dorang,sebab masa nie Mint tengah beli air.)

Lepas dah beli air,Mint pun hulur lah air teh ais ke Farah.
dan tetiba! farah bangun....dan lari...and Yana plak gelak..

Mint memula blur,pehal minah dua orang ni?Sorang lari,sorang gelak?

Tapi Mint buat2 faham and gelak jugak.
Masa tengah jalan nak keluar kafe,mak cik kafe yang hujung pun bersuara...

MakCik:Terminum eh???
Yana:HAHAHAHAHAHA
Mint:*senyum*
Jac:*tengah berlari*

OWH!Jac terminum ke???

Sesampai dalam kawasan hostel,terus Jac meludah air yang dia terminum.Sebaik dia ludah....

azan pun berkumandang.

Dalam blog Jac dia ada cite pasal benda nie dengan lebih detail...Blog Jac...

Dalam blog Jac,dia bengang dengan Mint and Yana sebab gelak kan dia.And dia berdoa agar kami akan diberi balasan.
Dan di bulan Ramadhan lagi mulia ini,doa Jac sampai ke tuhan dengan cepat.

Hari Khamis aritu.Kelas Fluid tamat,and macam biasa semua keluar kelas untuk ke kelas seterusnya.
Masa tu semua berpusu-pusu nak keluar.
Ada mamat nie nama dia Afiq,dia dengan baik hati nyer memegang pintu dan memberi laluan kepada gadis-gadis untuk keluar.
Mint jalan belakang Yana.
Masa sedang jalan depan si Afiq , belakang orang ramai semua berebut nak keluar..tetiba....


BUP!

Eh mana Yana???

Pahtu Mint tengok bawah,.
Yana dah terbongkang kat bawah.Dengan kaki terkangkang.
Masa tu pukul 3ptg,mungkin semua orang lapar,jadi orang semua macam takde perasaan tengok Yana jatuh.
Memula macam nak gelak,tapi kesian lah sebab kawan kan.

Yana:Alamak.Malu nyer.Dahlah depan Afiq
Mint:Yana nak gelak boleh tak?Tak tahan lah
Yana:HAHAHAHAHHAHAHAHAA..*sebenarnya yana nie gelaksebab nak cover malu*
Mint:HAHAHAHAHAHA..*memang nak gelak dari tadi*

Lepas kelas.

Mint:Jac,tadi ada orang terjatuh....blablabla
Jac: Tulah...aritu korang gelak kan aku.
Yana:Hah!lepas nie,Mint jaga-jaga.Tapi aku taknak gelakkan Mint,sebab nanti kena balik
Mint:Alamak!menyesal Mint gelakkan Yana...ish...
Jac:Jagalah lah lu...lepas nieTuhan balas kat lu plak bai.

Yana pun ada blog pasal kejadian neh....Blog Yana...

Dan ya.Memang Mint dah kena balasan nyer pun.
Cuma time Mint kena,takde orang nampak.Mungkin sebab Mint tak gelakkan jac macam Yana...

Semalam lepas sahur,pergi toilet.On da way nak jalan dari toilet ke bilik...
Tetiba selipar rasa licin,hilang imbangan badan,dan kaki kanan terus gerak ke depan tanpa dapat dikawal.....dan.....BOOP!...
mint tergelincir didepan bilik sebab terpijak hirisan kulit tembikai.

Ish...sapa yang tinggal kan kulit tembikai nie??Dah lah sehiris pulak tu.Kalau ye pun,janganlah halus sangat.Orang tak nampak.kan dah jatuh.
Memang gila sakit lah.Tapi air muka tak mengalir ar,sebab takde orang nampak.

So Jac,kira Tuhan dah balas ar eh?hehehe...

Lepas nie,taknak gelakkan orang dah.Tuhan bayar cash ouh.

Labels