Thursday, February 21, 2008

Mengajar budak kecik lagi senang.

Tahun 1995 kalau tak silap,aku memulakan dunia persekolahan.
Darjah 1 kuning di SK Assunta.
Mula bergaul dengan orng dari pelbagai latar belakang.Dan masa tu aku kecik,mana tau apa itu baik dan buruk dgn btul..
Dah berminggu ke sekolah..dan kat skolah aku dengar budak-budak melayu berkomunikasi menggunakan perkataan "aku" dan "kau"..Jadi,satu hari tu,aku membawa balik perkataan itu ke rumah dan gunakannya dgn adik2ku.
Tanpa ku sedari aku menggunakan gelaran "aku" di depan baba.Apalagi,satu penampar mendarat di pipi ku.Baba melarang keras aku menggunakan perkataan "aku" "kau" .Semenjak dari hari tu aku dah tak berani lagi.Walau pun di skolah atau di mana2,aku menggunakan panggilan "awak","kita","I","you" dan nama.

Tragedi pada tahun 1995 itu telah membentuk diriku dan membuat ku berasa janggal untuk menyebut perkataan "aku" "kau". Kadangkala orng melihat aku seperti seorang yg skema kerana menggunakan nama ketika berbual secara formal mahupun tidak formal.
Kalau aku tak menggunakan nama orng tu, aku selesa dgn menggunakan perantara "I" dan "You"...Lucu jika aku menggunakan "awak" "kita" dlm perbualan kerana ia membuat ku rasa seperti "Mak Cik-Mak cik" yang suka bergossip pulak.

Sehingga kini, jarang sekali kalau nk dengar aku ckp perkataan "aku" "kau" dlm percakapan harian.Aku hanya selesa menggunakan perkataan "aku" dan "kau" ketika blogging,sms,chatting dan etc kecuali bercakap.Nak tulis mmg rasa mcm biasa tp nk ckp perkataan tu, rasa mcm janggal sangt.

betullah orng kata,kalau nak menanam suatu perkara dlm manusia,buat dari awl kerana semakin dewasa,manusia lebih susah untuk menerima pengajaran dan perubahan..bak kata pepatah.."melentur buluh biar dari rebung nya".

Kadangkala orng kata aku ini gedik lah,poyo lah,bajet cool kerana menggunakan perkataan "I" dan "You" atau pun memanggil nama orng tersebut ketika berbual.
Tapi nk buat mcmmana..dah aku dibentuk begini.

No comments:

Labels