Sunday, September 14, 2008

Jimat Sangat Pun Tak Elok

Hari Ahad yang tenang.Yana,Mint,Farah kempunan nak makan ayam golek.
Kat Ump mana ade ayam golek.
Jadi..
"Tan,tolong cari keta..nak gi Bazar kat luar ar,nak cari ayam golek"

Beberapa minit kemudian.
"Ok,korang keta dah dapat,kul 4 kay."

Dalam pukul 4 lebey tu si Tan pergi ambik keta and ambik kitaorang tiga orang.
Baru beberapa kilometer dari UMP..

Tan:Eh...eh...korang rasa tak?
Mint:Rasa..rasa...
Tan:Jangan cakap minyak takde...jangan mati..jangan mati
Yana:Tan..mu cuba lagi..bawak kat tepi2 sikit
Farah:*senyap*
Mint:(terus tadah tangan) Ya Allah,lgi sikit jer..
Tan:Eh memang dah takleh dah nie,dah mati dah.

Kereta pun tak dapat nak hidup dah.Minyak memang dah takde langsung.Si Tan terus call owner kereta..
"Berita buruk nie,minyak dah habis.Kitaorang kat....."

Dalam 15 minit jugak kot tunggu bro tu datang bawak minyak emergency.
Bro tu pun datang dan menghantar sebotol minyak.

Lepas kereta dahboleh start,jalan.
Dah jalan sebelah stesen minyak bukannya nak isi minyak.Boleh trus kan perjalanan pergi bazar.Bajet dekat lah kan.So minyak yang bro tu isi tadi konon cam cukup.

Selepas dah bersuka ria membeli-belah di bazar itu.Dan kami telah beli seekor ayam golek!yeah!misi berjaya!

Tan:Eh agak2 cukup ke minyak nak balik nie?
Semua:*senyap*

On daway nak kluar bazar tu,stesen minyak memang dah depan mata.Tapi disebabkan degil dan nak sangat"berjimat".
Selepas 1km....

Tan:Eh...eh...
Mint:Aghhhh
Yana:Ahhh
Farah:Ahhhh
Mint:(tadah tangah)..Ya Allah lagi sikit jer lagi
Tan: Tulah tadi dah dekat dengan stesen minyak taknak isi
Farah: Tulah jimat sangat...
Mint:Jauh rupanya Ump nie..

Kitaorang berpicnic jap kat tepi jalan.
Otak memang tengah pikir cara camner nak dapatkan minyak.Stesen minyak yang tadi 1km kat belakang and stesen minyak kat depan 1km lagi.WARGH!!!

Lepas beberapa minit tak berbuat apa-apa,dengan macho nyer si Tan menahan motor yang lalu sebelah kereta.Nasib baik ada sebuah motor nie berenti.
Memang baik lah.Dia tolong isikan minyak di dalam botol.

(Oh ya,sebelum Tan memberhentikan motor tu,ada banyak adegan-adegan yang hanya akan memalukan kami 4 orang.Takyah cite ar)

Abang motor tadi dah isi rm6 minyak ke dalam 2 botol air.Dan telah patah balik ke kereta kitaorang and bagi minyak tu.Memang abang motor tu dah jadi "Hero Of The Day".
heh!

Memang sengal betul lah.Lebey kurang 30 jam jugaklah berpicnic kat tepi jalan tu.Ketebalan muka masa tu takyah cite ar.

Cite nie,kitaorang tak cite dengan orang pun.Sebab Tan cakap,"biar pecah di blog,jangan pecah di mulut".
Hehhehe...sebab yang bacablog kitaorang pun bukan nyer bebudak UMP!!..(kot?)..hahaha
Kalau ada budak UMP yang baca,,buat bodoh je lah eh.

6 comments:

Anonymous said...

ahahahaah..
klaka2.. mmg pon. len kali jgn jimat sgt.. mungkin kenangan ni akan jadik satu kenangan manis xlame lagi.. at least ade la cte nk cite ngan cucu nnt..kekeke

-MiNt- said...

memang indah betul kenangan nie.bila lagi boleh berpicnic di tepi jalan.Hahahhaha..
Dan dengan gaya masing2 ...tak tahan...

Anonymous said...

hahahha..
padan mke kte..
kan3??

soella said...

sbnrnye bkn nk berjimat,,tp kdekot...haha..joking!
besela su kalo kuar pn sllu nk save2 mnyak camtu..tp xpenah la jdk sampai picnic tepi jln...haha...

-MiNt- said...

memang agak kedekut juga lah sebnrnya hahaha...

Anonymous said...

mmg sgt bahagia la time tu
dah lama x g picnic
skali skala sronok gak
huhuhu

Labels