Hidup nie boleh di ibaratkan macam mendaki bukit,ataupun gunung.
Nak mendaki tu punya lah susah.Kita kena pilih jalan yang betul.
Masa mendaki tu kita mungkin boleh sesat atau terjatuh atau tergolek ke bawah.
Macam hidup lah.Permulaan memang susah.Kita kena buat keputusan jalan mana yang kita nak lalu dan kita kena harungi semua halangan yang ada kat depan.
Dan kita tak boleh mendaki seorang diri.Kalau jatuh takde orang nak tolong.
Begitu juga dengan hidup.Kalau kita hidup sendirian dalam dunia ni tanpa keluarga dan kawan,maka tak ke mana lah hidup kita.
Masa nak mendaki,kita kena ada bekalan yang secukupnya untuk sampai ke puncak.
Dalam hidup,kita kena belajar,belajar dan teruskan belajar.Pengalaman memang penting.
Bila dah sampai kat puncak.Memang bahagia.Sebab biasanya dari puncak gunung kita akan lihat permandangan yang indah.Kebesaran kuasa Tuhan.Hasil pendakian yang susah akan memberi kita kelegaan.
Kalau dalam hidup,lepas kita dan harungi semua dugaan dan cabaran,kita berjaya.Tak kisah lah berjaya dalam bidang apa sekalipun.Tapi memang waktu di puncak nie,kita kan berasa selesa dengan hidup.Bahagia sebab tak sia-sia selama nie kita berusaha untuk sampai ke tahap tu.
Terpulang lah pada kita berapa lama nak berada di puncak.Tapi jangan lama sangat duduk di puncak.Ramai lagi orang yang nak menikmati opermandangan indah itu.Harus dikongsi.Jangan kedekut sangat.
Tuhan cipta dunia nie untuk dikongsi.Mana tau kalau duduk lama-lama,nanti hujan dan akan ada tanah runtuh.Tak pasal-pasal mati ditimbus tanah dan tak sempat nak balik ke kaki gunung.
Jangan lah riak dan takbur bila dah berjaya.Kongsi dengan orang lain.Dengan keluarga,kawan,si dia dan sesiapa yang ada di sekeliling kita.Kalau dah berjaya tu,jangan lupa pada orang yang membantu kita untuk sampai ke puncak.Dan yang paling penting,bersyukur pada Tuhan.Sia-sia mati kalau tak sempat nak menikmati hidup masa tengah berada di puncak.
Nak mendaki gunung rasa memang macam lama sangat.Tapi bila nak turun semula,laju je.
Tup.tup.dah sampai ke kaki bukit.
Jadi lepas kita dah berjaya."our lives will go with the flow".
Dah ada kerja tetap.Dah capai mimpi-mimpi dan angan-angan zaman kanak-kanak.lepas tu kahwin.Berkeluarga.Bahagia.
Tapi....kita juga mungkin akan terjatuh semasa turun.Tergolek ke bawah,tersungkur mungkin.Jadi nak turun juga harus berhati-hati walaupun ianya mungkin lebih senang dari mendaki.
Bukan semua bernasib baik akan mendapat "happy ending".
--------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang nie Mint tengah mendaki gunung yang sangat tinggi.Dan banyak betul batu-batu besar,ranting-ranting patah,pokok tumbang sepanjang jalan nie.Kena berhati-hati.
Dan batu yang besar kat depan Mint sekarang nie adalah batu "Assignment fluid", dan "Assignmment soil".
Fluid kena submit esok dan soil nextweek.
Nak tak nak,kena juga berjaya melepasi dua biji batu yang besar nie.Ni kes dah silap pilih jalan ar ni.Ish...
Thursday, September 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- AF (2)
- Baktisiswa (1)
- birthday (12)
- convocation (2)
- cornetto (1)
- EarthHour (1)
- emo (33)
- exams (10)
- facebook (2)
- family (77)
- food (3)
- friends (41)
- heart (61)
- holiday (53)
- JacqAz (15)
- JacqAz e-store (2)
- just my luck (18)
- kedah (1)
- lala-land (9)
- life update (163)
- MJ (3)
- MorningGlory (16)
- movie (8)
- muse (1)
- neighbour (3)
- obsession (33)
- poem (4)
- Politics (1)
- promotion (3)
- PutraLRT (1)
- random (36)
- raya (3)
- sad (11)
- shopping (2)
- surveycamp (2)
- tag (5)
- teatime (9)
- uitm (5)
3 comments:
chaiyok mint!!
su pon tgh berusaha gigih lagi keras menyiapkan fluid n soil...=)
yess... chaiyok! cam xbiase jadik panda..heee~~
aku?haha
fluid tahun 2009 bru hantr..
hehe.
so skang ni ngan struggle 4 soil la..
hehe..
ganbatte!!
Post a Comment