Tuesday, December 4, 2007

Too Big

Pergi berjumpa dengan doktor gigi hari ini dan dapat tahu apa punca gigi ku jongang.LIDAH KU TERLALU BESAR untuk mulut ku.Jadi lidah itu telah menolak gigi ku ke depan dan jadilah jongang!TADA!...
Minggu hadapan akan bermula hidup memakai sebuah device di gigi.Device itu akan melatih lidah ku bahawa ia tidak boleh menyentuh gigi hadapan,dan pada masa yang sama gigi depan ku yang agak mancung akan di perbetulkan.
Selepas ke doktor gigi,jalan kaki ke Starhill Gallery.Kebetulan, hari ini ada Showcase Journey Through Time.Semua jam yang dipamerkan mencapai beribu ringgit dan ada juga yang berjuta ringgit.Siapa yang pakai jam sebegitu mahal?
Tujuan ke starhill adalah untuk memperbetulkan jam Tag Heur si Danial dan Danish.Dan menukar batteri jam Dior ku.Tapi malangnyer di starhill tiada kedai jam yg dapat menukar bateri jam Dior ku.Jadi kami berjalan kaki ke Lot10.pergi ke Woo Hing dan jam ku telah mendapat nyawa baru.Esok bolehlah ku menggunakannya.

Semalam ku telah berjanji dengan sepupu ku,Aishah bahawa kami akan pergi menonton wayang bersama di Pavillion.Tapi ku membatalkan janji ku untuk ke dental dan menghabiskan waktu bersama keluarga.Sorry Aishah ...
Semasa berjalan di Jalan Sultan Ismail,ku hanya mampu melihat Pavillion dari luar.Nak masuk, ia memerlukan satu hari yang khas untuk melawat Pavillion.Baru boleh dikatakan enjoy.

No comments:

Labels